Selasa, 13 April 2010

KERTAS KERJA

PENGENALAN

Memahami peranan sebagai pendidik dan pemikul amanah sebagai hamba Allah di muka bumi ini, Akademi Didikan Insan (ADNIN) yang merupakan sebuat institusi motivasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua golongan tidak kira golongan muda mahupun golongan tua, berperanan dalam mendidik dan menyampaikan segala tuntutan sebagai hamba Allah di muka bumi ini agar peringatan demi peringatan dapat si sampaikan dengan pelbagai kaedah, cara dan modul agar golongan-golongan ini tidak lari dari landasan seterusnya menghasilakan modal insan yang berkualiti. Justeru itu, ADNIN Management & Training Centre menjalankan perancangan-perancangan aktiviti kepada anak remaja dan pelbagai lapisan usia untuk menghasilkan modal insan yang lebih memahami peranan dan tanggungjawab agar membawa meraka kearah kebaikan dan mencetuskan hasilan kualiti dalam pembinaan sikap dan personaliti yang unggul.

MISI

Kepimpinan merupakan sesuatu amanah yang wajib dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, manakala pemimpin pula adalah bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya. Antara yang perlu dijaga oleh seseorang pemimpin ialah menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan mungkar dan menunaikan kewajipan syarak dan tugas-tugas yang dipikulkan kepadanya dengan baik dan adil. Antara ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh setiap pemimpin yang baik adalah menurut petunjuk yang terkandung dalam Al-Qur’an dan contoh kepimpinan yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana Baginda adalah contoh teladan yang unggul dalam segala bidang kehidupan. Firman Allah Subahanahu Wata’ala dalam Surah Al-Anbiyaa’ ayat 107 yang tafsirnya: “Dan tidaklah Kami (Allah) mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam semesta.”